<body bgcolor="ffffff" marginwidth="0" marginheight="0"><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d15212213\x26blogName\x3dPrasasti+Nova\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://prasastinova.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den_GB\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://prasastinova.blogspot.com/\x26vt\x3d-5086978223453966505', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
Pendita Kesuma Di Persada Mara
Thursday, November 23, 2006

PENGUMUMAN
...
...
MCS telah ditawarkan sebuah 'booth' bagi !@fun pada tahun hadapan. Kita boleh melakukan apa yang diingini, dan oleh itu, MCS memerlukan saranan tentang apa yang boleh dijual/dilakukan di 'booth' itu. Sebagai contoh, menjual makanan melayu, menawarkan permainan congkak, dan yang sewaktu dengannya.

Sesiapa yang mempunyai sebarang saranan, sila hubungi Nasuha, atau ber-'tag' di tagboard. Sekian, terima kasih.


ps: maaf kerana sememangnya bahasa melayu saya agak karat, dan amat ketara apa yang terpapar di atas adalah 'direct translation'. =

nurani berbisik pada 9:09 pm oleh kam | Permalink | 1 Comments

Tuesday, June 13, 2006

Pasukan Bahas 4PM 2006
































nurani berbisik pada 8:23 pm oleh Izwan Ohtman | Permalink | 0 Comments

Monday, June 05, 2006

Bahas 4PM

Perbahasan bagi peringkat saringan telah but akhir. Bahas 4PM peringkat saringan telah berlangsung selama dua hari iaitu 3hb sehingga 4hb Jun 2006. Semua keputusan telah pun diketahui. Perbahasan yang melibatkan Maktab Rendah Innova telah pun berlangsung. Walaupun pihak kami telah tewas kepada Institu Millenia, namun pembahas terbaik tetap dimenangi oleh pembahas dari Maktab Rendah Innova.

Juga, pada peringkat saringan, sistem pemarkahan telah digunakan dan bukannya kalah-mati. Dengan ini, walaupun kami kalah, kami tetap mara ke peringkat yang seterusnya iaitu peringkat suku akhir. Bagi peringkat ini, ianya akan diadakan di Dewan Temasek Universiti Kebangsaan Singapura pada hari Sabtu, 10hb Jun 2006 pada jam 7.30 petang. Saya berharap sangat, bagi mereka yang mempunyai masa yang terluang dapat hadir memebri sokongan kepada para pembahas dari Maktab Rendah Innova. Mauduk kita pada kali ini ialah "Kerana buah, dikenal pohonnya". Selaku pihak penyanggah, Maktab Rendah Innova akan meruntuhkan mauduk yang bakal dipertahankan oleh Madrasah Al Ma'rif.

nurani berbisik pada 1:13 pm oleh Izwan Ohtman | Permalink | 0 Comments

Saturday, May 27, 2006

Bahas 4PM

Assalamualaikum. Bahas 4PM anjuran Persatuan Persuratan Pemuda-pemudi Melayu Singapura kembali sekali lagi. Pada tahun ini, Maktab Rendah Innova juga tidak ketinggalan untuk menyertainya dengan menghantar sekumpulan pelajar yang cukup berbakat besar iaitu, Hafiza, Shaza, Nadia dan Izwan. Pada hari ini iaitu 27hb Mei 2006, taklimat perbahasan serta bengkel telah diadakan bagi para peserta. Pada hari ini juga, undian mauduk telah diadakan. Mauduk bagi perbahasan yang melibatkan para pembahas dari Maktab Rendah Innova ialah 'Teknolgi Membina Penyejagatan". Maktab Rendah Innova bakal bertindak selaku pencadang bagi mauduk ini dan penyanggahnya ialah sama seperti tahun lalu, Institut Millenia. Pada tahun lepas, Maktab Rendah Innova telah membolot kemenangan serta Pembahas Terbaik daripada Institut Millenia. Namun, mampukan Maktab Rendah Innova terus membolotnya?

Perdebatan di antara Maktab Rendah Innova dan Institut Millenia ini bakal diadakan pada hari Ahad, 4hb Jun 2006. Ia akan berlangsung di Auditorium Kelab Masyarakat Eunos pada jam 12 petang. Bagi mereka yang mempunyai masa yang lapang, sila hadir bagi meberi sokongan kepada para pembahas-pembahas Maktab Rendah Innova.

nurani berbisik pada 6:10 pm oleh Izwan Ohtman | Permalink | 0 Comments

Wednesday, April 12, 2006

Peraduan Deklamasi Sajak 2006

GAGAH dan bersemangat waja. Itulah kata-kata yang dapat saya zahirkan untuk menerangkan tentang para pendeklamator sajak yang mengambil bahagian dalam Peraduan Deklamasi Sajak 2006 yang dianjurkan buat julung-julung kalinya oleh Maktab Rendah Innova. Peraduan yang sebelum ini sering dianjurkan oleh Maktab Rendah Hwa Chong ataupun kini dikenali sebagai Institusi Hwa Chong telah memberikan tugas mahupun tanggungjawab berat ini kepada maktab terbaru di Singapura. Peraduan yang sungguh hebat itu telah diserikan lagi dengan kehadiran Anggota Parlimen Dr. Maliki Osman. Peraduan yang disokong oleh ASAS 50 itu telah disertai oleh 15 sekolah. Untuk acara selingan pula, para serikandi Program Elekti Bahasa Melayu (MLEP) dan dua pelajar lelaki Maktab Rendah Innova telah mempersembahkan tarian zapin, dikir barat dan nyanyian seragam atau lebih dikenali sebagai boria. Keputusan telah diumumkan dengan penuh debaran. Paling membanggakan, pertandingan ini telah ditakluki oleh tuan rumahnya sendiri. Pelajar tahun satu, Masayu telah mendeklamasikan sajak yang bertajuk Insan Kerdil. Untuk menarik perhatian para penonton, pendeklamasian sajaknya telah diiringi oleh tiupan seruling oleh Adib yang begitu mendayu-dayu. Tempat kedua telah diungguli oleh Maktab Rendah Kebangsaan, ketiga oleh Maktab Rendah Jurong, keempat oleh Maktab Rendah Serangoon dan yang akhir sekali, Maktab Rendah Yishun telah meraih tempat yang kelima.

nurani berbisik pada 8:38 pm oleh Izwan Ohtman | Permalink | 0 Comments

Saturday, March 18, 2006

Ucapan Selamat Kepada Cikgu Suhana

Prasasti Nova ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat kepada Cikgu Suhana. Kami di sini ingin mengucapkan selamat berbahagia di samping keluarga yang tercinta dan semoga sentiasa berada dalam keadaan sihat walafiat.

nurani berbisik pada 6:56 pm oleh Izwan Ohtman | Permalink | 0 Comments

Tuesday, February 21, 2006

Pengumuman

Perjumpaan Kelab Budaya Melayu Maktab Rendah Innova - Warisan Gemilang

Tarikh: 22hb Februari 2006, Rabu
Waktu: 2.30 petang
Tempat: Bilik M 3-5

nurani berbisik pada 7:04 pm oleh Prasasti Nova | Permalink | 0 Comments

Get awesome blog templates like this one from BlogSkins.comGet awesome blog templates like this one from BlogSkins.com